Assalamualaikum..
Hari ini Izzah ingin berkongsi tentang suatu hakikat kehidupan yang Izzah telah sedari.. yang Izzah telah alami sendiri..dan yang Izzah pernah lihat di luar sana.
Bercintalah berpada-pada atau dengan kata lainnya bercintalah secara sederhana. Apa maksudnya? Sesungguhnya alam percintaan cukup indah di saat masing-masing mengecapi kebahagiaan. Namun di saat hubungan mula dilanda badai, tiada lagi keindahan itu di depan mata. Seseorang yang telah meletakkan dirinya dalam kelompok pencinta dan yang dicinta, seharusnya bersedia dengan semua yang mungkin berlaku.
Kita selalu berkata bahawa kita hanya merancang namun tetap Dia juga yang menentukan semuanya. Kita sedar hakikat itu. Namun ramai yang telah leka terbuai bersama lautan cinta dan tanpa disedari selalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap perhubungan yang dibina. Harapan untuk bersama.. harapan untuk memiliki.. kepercayaan yang diberikan dan juga perasaan yang dicurahkan.. semuanya mengatasi segala-galanya. Kadang-kadang semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan~itu jodoh namanya. Tetapi, pasti ramai juga yang kecundang di tengah jalan. Biar bertahun lama hubungan yang dibina, biar sedalam mana cinta yang diberikan atau diterima, biar sebesar mana pengorbanan yang dilakukan biar setinggi mana harapan di letakkan, namun tanpa izin-Nya.. pasti berkecai jua akhirnya.
Ketahuilah wahai sekalian pembaca, di saat hubungan dilanda badai, maka harapan yang tinggi menggunung itu yang menimpa kita, cinta yang mendalam itulah yang bakal mematikan perasaan yang terdahulunya. Sungguh, perasaan yang terdahulunya itu boleh berubah 360 darjah. Pernah suatu ketika, Izzah terjebak dalam perkara begini. Walaupun sudah nampak bayangan bahawa hubungan yang terjalin tiada penghujung yang baik, namun Izzah meletakkan harapan setinggi gunung untuk hidup bersama. Namun ketika saat itu tiba.. saat yang merungkaikan hakikat yang kabur selama ini.. saat yang menjelaskan bahawa tiada apa-apa yang boleh diharapkan melalui hubungan yang terjalin... hati ini menjadi kosong.. sangat kosong... entah perasaan apa juga yang seperti itu.. sedih namun tiada airmata.. apatah lagi senyuman....tiada juga kata-kata...hanya terasa kosong dan sangat kosong.. kemudian buntu.. seperti diri lenyap sebentar dari alam yang nyata. Begitu hebat penangan sesuatu yang kita letakkan pengharapan terlampau tinggi.
Buntu begitu mungkin lebih baik, namun ada juga yang diluar sana tiada langsung kekuatan untuk menghadapi sesuatu yang buruk seperti itu sehinggakan ada yang menghukum diri sendiri, mencederakan diri sendiri atau membunuh diri. Hal ini begitu serius kerana tanpa sedar kita telah berdosa besar. Kenapa harus melakukan perkara begitu kerana manusia?? Tidakkah lebih elok kita melebihkan cinta kita kepada-Nya daripada memikirkan sesuatu yang sudah berakhir. Wahai sekalian pembaca, pasti kita semua tau Cinta yang TIDAK PERNAH MERUGIKAN.. hanyalah satu... iaitu CINTA KITA kepada ALLAH S.W.T..Cinta kepada-Nya sentiasa memberi nikmat kepada sekalian manusia, nikmat dunia dan nikmat di akhirat. Marilah kita mengingatkan diri masing-masing agar tidak terleka dengan cinta dunia semata-mata, agar kita besederhana dalam bercinta sesama manusia.. agar kita bersedia dan menyediakan ruang untuk menghadapi segala kemungkinan dalam perhubungan yang terbina.
Justeru, bersederhanalah bercinta... percayakan pasangan tanpa menghapuskan sedikit curiga... berharaplah sambil berdoa kepada-Nya..bukan berharap dan terlalu yakin dengan harapan sendiri... Ingatlah Allah selalu dalam apa jua yang dilakukan agar diberkati hendaknya hubungan yang di bina.. renungkanlah bersama..