Monday, 16 April 2012

Hargai Wanita

Sudah lumrah wanita akan berpasangan dengan lelaki...
Sudah lumrah sekeras mana pun rupa seorang wanita itu... hatinya tetap lembut jua...

Wahai lelaki.. jika wanita itu sudah menjadi pasanganmu...
Ketahuilah isi hatinya.... fahamilah isi hatinya.... hargailah dia seadanya....

Sudah lumrah wanita dilahirkan dengan rupa yang berbeza atau mungkin seiras...
tiada yang sempurna pada dasarnya... tetapi elok itu sudah tentu.. kerana wanita itu tetap ciptaanNya jua...

Wahai lelaki....
Wanita tidak hadir di sisimu untuk dipuji dan dipuja...
Sehingga engkau alpa pada Dia Sang Pencipta.....
Wanita tidak pula hadir untuk dikeji dan dihina.... sehingga engkau seperti memburukkan kita sesama makluk ciptaan-Nya....

Jagalah hati wanita jika benar engkau lelaki yang menyayangi dia.....
Tiada pujian, tetapi janganlah pula engkau terlalu memburukkan dia di hadapan orang lain...
Apa pun yang ada pada dirinya... hargailah ia sebaik-baiknya....
Nescaya wanita itu pasti menghargaimu jua....

P/S::: Lelaki, janganlah engkau memuji pasanganmu berlebih-lebihan.... dan jangan pula engkau memburukkan pasanganmu di hadapan orang lain... walaupun dalam nada gurauan... janganlah ia secara berlebihan.. kerana hati wanita bisa tercalar... buruk pun rupa seseorang itu.... tidak perlu  engkau mewar-warkan kepada orang lain... kerana orang lain juga bisa melihat... biarlah buruk pada pandangan orang..tapi janganlah berhati busuk sehingga menjadi buruk pada pandangan Allah S.W.T......

:) Selamat membaca ...