Monday, 25 June 2012

Syukur...

Assalamualaikum saudara dan saudari  yang berada di luar sana....

Alhamdulillah, Izzah masih lagi mampu mencoret sesuatu di sini setelah sekian lama menyepi. Sungguh banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa bulan ini. Izzah bersyukur dengan segala nikmat kurniaan-Nya.

Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita sebenarnya mengajar kita untuk memahami erti kehidupan dalam dunia. Oleh itu, marilah kita celikkan mata kita. Pandanglah dan berbicara dengan apa yang ada di sekeliling kita kerana kita pasti dapat merasa besarnya kekuasaan Dia Yang Maha Berkuasa.

Sebagai orang yang masih dikatakan baru mengenal Islam, Izzah sentiasa berdoa agar sesiapa yang berada di sisiku akan diketuk pintu hatinya dan menerima hidayah dari-Nya. Menyertai kursus untuk saudara baru banyak memberi pengalaman baru buat diri yang serba kekurangan tentang bab agama ini. Tapi, alhamdulillah..di sana saudara/saudari baru yang masing-masing mempunyai latar belakang yang saling berbeza, saling berkongsi tentang diri masing-masing. Masing-masing mempunyai pengalaman tersendiri sebelum datang ke situ. Subhanallah... besar sungguh kuasa-Mu Ya Allah.

Apabila mendengar kisah kawan-kawan yang lain, sesungguhnya Izzah bersyukur dengan apa yang Izzah ada. Sesungguhnya dalam kesusahan yang alami, kita harus sentiasa sedar bahawa di luar sana mungkin lebih ramai lagi yang mengalami kesusahan yang lebih teruk berbanding diri kita. Oleh itu, dalam apa jua keadaan kita seharusnya sentiasa bersyukur.

Seperti yang sering diperkatakan, anggaplah segala kesusahan atau kesulitan itu satu ujian buat kita kerana Allah sentiasa menguji orang yang sabar.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang Izzah peroleh sepanjang kursus itu, namun hari ini Izzah cuma mau mengajak kita sama-sama memperingatkan diri agar selalu bersyukur atas apa yang kita ada dan alami.

No comments:

Post a Comment