Assalamualaikum....
Terdetik di hati ini untuk mencoret sesuatu di ruangan ini.Untuk tatapan kita bersama. Sesungguhnya apa yang akan tercatat dalam ruangan ini adalah sesuatu yang datang dari idea sendiri.. melalui pelbagai kisah, pelbagai pengalaman yang dilihat, dialami sendiri dan yang dikongsikan oleh orang lain. Semoga apa yang akan tercoret di sini bakal menjadi renungan kita bersama dan apa yang boleh dijadikan pengajaran jadikanlah ia sebagai panduan hidup. Jika ada pula yang menyentuh hati atau mungkin kebetulan bersangkut paut dengan diri masing-masing, maafkanlah aku.. kerana tiada terniat untuk menyebut atau mencoretkan sesuatu yang bakal mengukir luka di hati insan di luar sana. Sesungguhnya aku insan biasa yang takut melukakan hati orang lain, namun sudah pasti terkadang itu terlepas juga sesuatu yang bisa mengguris perasaan. Sepuluh jari ku susun terlebih dahulu memohon seribu keampunan jika ada sesuatu yang tercoret mengusik jiwa.
Sesungguhnya aku ini insan yang serba kekurangan. Untuk itu, tegurlah aku jika aku membuat kesilapan. Marilah berkongsi ilmu jika ada yang dapat memberi manfaat kepada kita semua. Aku berusaha mencari sebanyak mungkin ilmu dan aku mengutamakan pencarianku untuk cahaya dari-Nya. Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku diberi hidayah oleh-Nya, sehingga hati ini tetap dan nekad untuk menjadi umat yang selalu sujud menyembah-Nya yang satu. Alhamdullillah atas cahaya hidayah yang diberi. Aku amat bersyukur dengan kurniaan-Mu Ya Allah.
No comments:
Post a Comment